
UniKL MIAT, atau
Malaysian Institute of Aviation Technology telahpun mengadakan karnival sukan yang bermula pada 20 hingga 26 Jun 2011. Karnival Sukan Siswa UniKL (KSSU) 2011 ini telah berjaya mengumpulkan hampir ke semua wakil dari kampus-kampus UniKL yang lain untuk bertanding dalam pelbagai acara sukan. Saya juga berkesempatan untuk menghadiri karnival tersebut pada 21 Jun 2011 untuk memberikan sokongan kepada rakan-rakan saya dari kampus UniKL MITEC (Malaysian Institute of Industrial Technology), selain mengambil beberapa foto sebagai latihan meningkatkan kemahiran saya untuk mendapatkan hasil yang baik bagi sesi fotografi yang melibatkan pergerakan objek seperti sukan. Layan~



Di bawah ini antara rakan-rakan saya yang menemani saya ketika perjalanan dari KL ke UniKL MIAT (Sepang)~ Untuk maklumat lanjut mengenai KSSU 2011 ini, sila klik di
SINI.

No comments:
Post a Comment