Thursday, August 25, 2011

Outing 06 : Birthday Party

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum~

Dah lama juga saya tidak memegang dan membelek Nikon D90 saya. Mana tidaknya, sibuk dengan research yang perlu dijalankan, sampai DSLR pun terpaksa diabaikan sementara (kadang-kadang saja saya bersihkan). Hasil fotografi saya kali ni agak istimewa, kerana saya buat khas untuk rakan saya, Jiji, yang menyambut ulangtahun kelahirannya.

Dalam masa yang sama, saya cuba untuk mendapatkan foto-foto potrait dengan memberi sedikit sentuhan ubahsuai melalui RAW processing dan Photoshop. Jom layan beberapa foto yang sempat saya ambil ketika berada di sana (anda boleh zoom in foto dengan hanya klik pada foto tersebut, OK~)

Model of the Day, Cik Lydia ;-)

Sunday, July 24, 2011

Job 01 : Pertandingan Badminton Blok Melati

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum~

Kali ini saya ditugaskan untuk mengambil beberapa foto sempena pertandingan badminton antara penghuni Kediaman PDRM Ulu Kelang, Blok Melati, dan wakil dari Hospital Pusrawi. Foto-foto yang dipamerkan di sini adalah sebahagian daripada acara tersebut. Pada pendapat saya, acara seperti ini secara tidak langsung mengeratkan silaturrahim antara penghuni blok dan pihak Hospital Pusrawi, selain daripada menggalakkan aktiviti sukan. Jom layan beberapa foto yang sempat saya upload-kan di sini. Anda boleh ZOOM-IN foto-foto ini dengan hanya KLIK pada foto.

Aksi pemain muda Blok Melati, sangat nakal~! hehe..!!

Suka sangat dengan budak comel ni~


Di bawah ini, antara gelagat pemain dan pengadil pertandingan~
macam-macam gaya~!!


Di bawah ini, antara beberapa aksi pemain dari Blok Melati..
fuhh~ banyaknya foto~!!


Penyokong cilik..! hehe, siapa ada yang bawa kompang~!!

Tuesday, July 19, 2011

Outing 05 : Putrajaya

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum~

Alhamdulillah, dapat juga saya ke Putrajaya untuk dapatkan hasil fotografi 'landscape'. Sehari sebelum itu (18 July 2011), saya telahpun ke Putrajaya, dengan objektif yang sama. Tapi~ time tu tak bawa bateri pula. Ikut hati nak pergi Alamanda, beli bateri lain, hehe~!

Pakai self-timer & tripod untuk snap foto sendiri, memandangkan saya pergi berseorangan, hehe~!!

Dan akhirnya, terbalas juga 'dendam' saya. Kira-kira jam 5.30 petang saya bertolak dari Kuala Lumpur, dan tiba di Putrajaya ketika hampir senja. Lokasi pertama, saya ke empangan berdekatan PICC. Foto di atas adalah foto saya ketika berada di empangan tersebut.

Jom, layan lagi beberapa foto yang sempat saya ambil ketika berada di Putrajaya selama 2 jam lebih~ hehe!

Wednesday, July 13, 2011

Majlis Isra' walMi'raj

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum~

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk mengunjungi satu majlis ringkas di KAFA Surau Al-Syakirin, Majlis Isra' dan Mi'raj. Saya ditugaskan untuk mengambil beberapa foto, dan secara tidak langsung ini adalah salah satu cara untuk saya mengambil beberapa foto dengan aksi dan karenah kanak-kanak sekolah.

Foto-foto di bawah ini adalah antara hasil kerja saya. Diharap hasil kerja ini dapat membantu saya meningkatkan kali kemahiran saya. Layan~

Monday, June 27, 2011

Outing 04 : Karnival Sukan Siswa UniKL 2011

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum~


UniKL MIAT, atau Malaysian Institute of Aviation Technology telahpun mengadakan karnival sukan yang bermula pada 20 hingga 26 Jun 2011. Karnival Sukan Siswa UniKL (KSSU) 2011 ini telah berjaya mengumpulkan hampir ke semua wakil dari kampus-kampus UniKL yang lain untuk bertanding dalam pelbagai acara sukan. Saya juga berkesempatan untuk menghadiri karnival tersebut pada 21 Jun 2011 untuk memberikan sokongan kepada rakan-rakan saya dari kampus UniKL MITEC (Malaysian Institute of Industrial Technology), selain mengambil beberapa foto sebagai latihan meningkatkan kemahiran saya untuk mendapatkan hasil yang baik bagi sesi fotografi yang melibatkan pergerakan objek seperti sukan. Layan~

Di bawah ini antara rakan-rakan saya yang menemani saya ketika perjalanan dari KL ke UniKL MIAT (Sepang)~ Untuk maklumat lanjut mengenai KSSU 2011 ini, sila klik di SINI.


Monday, June 20, 2011

Outing 03 : Model

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum~

Sesi fotografi ini pula dijalankan pada 19 Jun 2011, di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ini adalah kali pertama saya menyertai sesi fotografi melibatkan kelab fotografi yang berpengalaman, dan seorang model (err~ model tu kawan saya). Untuk hasil fotografi kali ini, saya telah menggunakan perisian Adobe Photoshop CS3 untuk memberikan sedikit kesan warna.


Jom, layan lagi foto-foto 'model' di bawah ni (^_^)


Di bawah ini pula, rakan-rakan photographer merangkap sebagai sifu-sifu saya ketika sesi penggambaran dibuat. Jutaan terima kasih buat mereka. :)